Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Latihan Ethics & Integrity (E&I) Siri 1 bersama E-Commerce Dot Com pada 19 Jun 2024 bertempat di Petaling Jaya, Selangor.
Latihan ini bertujuan untuk menerapkan konsep Etika dan juga Integriti dalam menjalankan tugas serta pendekatan yang boleh dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran yang berintergiti tinggi.
Sesi latihan ini telah dikendalikan oleh Encik Ruben Raj dan Encik Mohammad Khairul Azwan, Konsultan IIM.