20 September 2024 2:53 pm

Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) pada 13 Jun 2024 bertempat di Bintulu, Sarawak.

Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom yang juga merupakan ADUN Kemena. Turut hadir sama adalah YB Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman).

Kursus MIKM Tahap 1 yang diadakan khusus kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Sarawak ini adalah salah satu inisiatif bagi meningkatkan pembudayaan amalan integriti dalam tugas serta tanggungjawab KMKK sebagai pemimpin komuniti di kawasan setempat.

Kursus ini juga adalah sebahagian dari usaha kerjasama strategik antara IIM dan UNIONS bagi meningkatkan keupayaan KMKK sebagai ikon integriti kepada masyarakat setempat dengan menerapkan nilai-nilai murni serta amalan integriti dalam kehidupan seharian.

Seramai 50 orang KMKK yang mewakili Daerah Sebauh telah menghadiri kursus ini. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Fazly Noordin, Penolong Pengarah dan Konsultan Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK), IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 262
JUMLAH PELAWAT : 198002

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 20 September 2024

Skip to content