Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Latihan Do The Right Thing (DTRT) bersama TNB Fuel Services Sdn Bhd pada 12 Jun 2024.
Sesi yang berlangsung di Bilik Latihan TNB Fuel Services ini turut dihadiri oleh En Jamal Yusoff, Pengarah Urusan TNB Fuel Services serta wakil pengurusan atasan TNB Fuel Services.
Latihan ini adalah bertujuan untuk mengaplikasikan konsep Do The Right Thing dalam menjalankan tugas serta memupuk potensi peserta menjadi warga kerja yang berintegriti khususnya dalam membudayakan amalan integriti secara optimum.
Sesi latihan ini telah disampaikan oleh Pn Munah Abdul Aziz dan Pn Shafinas Daud, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.