25 November 2024 7:35 pm

Analisa Data dan Penilaian Risiko Rasuah (CRA) dalam Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bersama Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (JKRNT)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Analisa Data dan Penilaian Risiko Rasuah (CRA) dalam Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bersama Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu (JKRNT) pada 29 hingga 30 April 2024.

Sesi yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) ini telah dihadiri oleh jawatankuasa OACP JKRNT. Sesi bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai pelaksanaan dan pemantauan CRA dalam penyediaan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (OACP) yang lebih sistematik bagi mewujudkan tadbir urus yang terbaik dalam konteks penilaian risiko bagi tujuan pencegahan rasuah dalam merangka Pengurusan Risiko Rasuah bagi organisasi.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Pn Munah Abdul Aziz dan Pn Shafinas Daud dari Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 592
JUMLAH PELAWAT : 225867

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 25 November 2024

Skip to content