Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Latihan Ethics & Integrity (E&I) anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) Jabatan Premier Sarawak pada 18 hingga 19 April 2024.
Sesi latihan yang diadakan di Bintulu, Sarawak ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan jabatan.
Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman berkenaan proses kesedaran kendiri, proses membuat keputusan secara beretika dan berintegriti. Program latihan ini juga turut menyentuh pembudayaan etika dan integriti yang perlu dimiliki oleh sesebuah organisasi dan kesan akibat salah laku rasuah.
Sesi latihan ini telah disampaikan oleh En Ruben Raj Samuel, Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara dan dibantu oleh Muhamad Khairul Aman Baharum, Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan & Budaya, IIM.