25 November 2024 11:16 pm

Sesi perbincangan bersama pihak Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) dan Mahkamah Bumiputera Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan satu sesi perbincangan permurnian Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 2 bersama pihak Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) dan Mahkamah Bumiputera Sarawak pada 21 Mac 2024 bertempat di Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

Sesi ini dijalankan bagi membincangkan struktur dan kandungan modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 2 dariapada pihak UNIONS dan Mahkamah Bumiputera Sarawak sebelum dilaksanakan dan dirasmikan pada bulan September 2024.

Sesi ini telah dihadiri oleh Encik Wan Hipni bin Wan Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Integriti dan Puan Vivina Barbra, Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Integriti, UNIONS serta Encik Dahim Anak Nadot mewakili Mahkamah Bumiputera Sarawak. Sesi ini dikendalikan oleh Encik Fazly Noordin, Konsultan Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) dan turut bersama ialah pegawai daripada PPIK, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 633
JUMLAH PELAWAT : 225908

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 25 November 2024

Skip to content