Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan satu mesyuarat kolaborasi bersama Unit Pemasaran Kumpulan, Open University Malaysia (OUM) secara maya pada 19 Mac 2024. OUM telah diwakili oleh Encik Mohd Yazed Bahaman, Ketua Pemasaran Berkumpulan.
Hasrat utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak OUM khususnya melibatkan pelajar/mahasiswa di OUM.
Antara lain, IIM juga turut menyatakan hasrat untuk mengadakan program kolaborasi dalam mendukung aspek Environment, Social dan Governance (ESG). OUM amat berbesar hati dengan cadangan kerjasama tersebut dan menyambut baik hasrat IIM untuk menyuntik agenda integriti dan tata kelola dalam kalangan pelajar termasuklah lawatan sambil bekerja dari negara luar.
IIM telah diwakili oleh Encik Fison Hamdi Ahmad, Pengarah Pusat Pembangunan Integriti Insan dan Budaya dan Pegawai kanan PPIIB.