Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi Town Hall bersama Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran (NRC) IIM yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali pada 18 Mac 2023.
Sesi town hall yang dihadiri oleh seluruh warga kerja IIM ini merupakan antara usaha bersama dan platform berkongsi idea dalam memantapkan pentadbiran IIM. Hadir sama pada sesi ini ialah YBhg. Prof Datuk Ts. Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir dan YBhg. Dato’ Yeow Wah Chin, Ahli Jawatankuasa NRC.